Tuesday, August 25, 2009

PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PASIR - CALON PAS DIBERITAKAN MENDAHULUI : CERAH UNTUK MENANG

.
TERKINI : Kemaskini 4.40 Petang
.
Pusat Pengundian akan ditutup sebentar lagi dan dari maklumat 76% pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Namun berita-berita tidak rasmi memberikan gambaran bahawa Calon PAS akan menang dengan majoriti yang masih menjadi persoalan dan tanda tanya... penganalisis berpendapat akan berlaku pengurangan ketara jumlah undi majoriti yang diterima calon PAS hasil isu setempat dan semasa yang dilihat tidak memihak kepada Pakatan Rakyat... bersama kita tunggu pengumuman keputusan PRK Permatang Pasir sekitar jam 8.15 malam nanti di saluran TV3, RTM atau saluran lain... bersama kita nantikan...
.
Kemaskini 3.05 Petang

Dari maklumat diperolehi 65% pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil Rakyat DUN Permatang Pasir. SPR Menjangkakan sekurang-kurangnya seramai 85% pengundi akan kelua mengundi sehingga masa pengundian tamat.


.
.
Kemaskini 2.24 Petang
.
Maklumat diperolehi terus dari Permatang Pasir calon mendedahkan calon PAS kini mendahului dengan agak selesa dengan majoriti undian sekitar 56% - 65 %. Namun begitu trend pengundian di akhir nanti akan memainkan peranan penting kerana kebanyakan pengundi pro Umno & BN akan turun mengundi di saat-saat akhir pengundian. Peluang kelihatan cerah untuk PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir... namun kita tunggu & lihat perkembangan seterusnya.
.
..
2.00 Petang - Sebuah buku yang cuba mendedahkan ‘dua wajah' Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui di kawasan pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh hari ini. Buku tersebut menonjolkan petikan-petikan ucapan Anwar yang mengecam PAS dan DAP - dua anggota Pakatan Rakyat - sewaktu beliau bersama Umno dahulu. Ia mengandungi petikan ucapan Anwar pada 1986, 1987 dan 1995 yang meminta rakyat menolak PAS dan DAP bagi memastikan kemakmuran di negara ini berterusan. (Baca Berita Lanjut Di Sini)
.
.
.
Buku itu bertajuk ‘Siapakah Sebenarnya Anwar? Wirakah.... atau petualang
bangsa & negara'. Bagaimanapun tidak tertera nama penerbit dan pencetaknya.Parakata dalam buku tersebut ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Pena MAS.
.
Kandungan buku itu membariskan sebelas bab. Bab pertama bertajuk Penderhakaan 1 memaparkan gambar angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Manakala di bawah bab bertajuk ‘Lidah bercabang', ia memuatkan petikan ucapan Anwar pada 21 April 1995 di majlis pemimpin bersama rakyat di Gombak, yang menyebut bahawa kerjasama PAS dan DAP jelas mengkhianat perjuangan orang Melayu dan mencetuskan isu kaum.
.
.
1.55 Tengahari – Calon BN, Rohaizat Othman berkunjung ke Peti Undi Cross Street menemui jentera BN dan juga pengundi-pengundi kawasan terbabit.
.
1.40 Tengahari - Ekoran kekecohan dan insiden baling batu di Peti Undi Bukit Indera Muda, dilaporkan bahawa dua jentera Pemuda BN Pulau Pinang mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.
.
.
1.15 Petang - Jumlah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari tadi mencecah 53.3 peratus atau 10,812 orang. Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang. Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
.
.
apabila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak". Pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.
.
12.40 Tengahari – Ketua Penerangan UMNO, YB Ahmad Maslan melakukan kunjungan ke Peti Undi Cross Street untuk berjumpa dengan para penyokong BN dan pengundi-pengundi kawasan tersebut.
.
12.20 Tengahari – Sehingga tengahari ini bilangan pengundi yang keluar kurang dari 50 peratus iaitu hanya sekitar 47.2 peratus atau 9573 daripada jumlah keseluruhan pengundi seramai 20,290.
.
12.00 Tengahari – Berlaku kekecohan di kawasan Peti Undi Kampung Pelet yang mana melibatkan insiden membaling batu antara penyokong BN dan penyokong PAS. Namun demikian, keadaan tersebut tidak berlarutan dan terkawal apabila kedua-dua penyokong parti bertanding mula berkurangan. Lalu lintas juga terkawal di semua kawasan peti undi.
.
10.45 Pagi – Peratusan keluar mengundi sehingga jam 10.00 pagi tadi dilaporkan 28.5 peratus atau 5,775 orang. Sehingga kini, dilaporkan proses pengundian di semua Peti Undi berjalan dengan lancar.
.
10.20 Pagi – Naib Presiden UMNO, Dato Mohd Shafie Afdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengunjungi Peti Undi Permatang Pauh bertemu dengan para pengundi tempatan.
.
10.00 Pagi – Calon BN, Rohaizat Othman berada di Peti Undi Permatang Pauh bersama-sama dengan para penyokong untuk bertemu dengan para pengundi yang menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh.
.
.
9.50 Pagi - Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini (rujuk Berita Di Sini). Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ.Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai.Penyokong Umno juga turut melaungkan 'Hidup BN' dan 'Hidup Melayu'.
.
25/08/2009 9:31am
.
Lapan pusat mengundi DUN P.Pasir dibuka pagi ini
sumber :
UTUSAN
.
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos — Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi ini.
.
Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.
.
Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.
.
Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala Pas diwakili Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.
.
Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir. Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.
.
Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi dan hujan di beberapa tempat petang ini. - Bernama
.
.

MAJALAH GEDUNG KARTUN ZUNAR - GERAKAN PERANG SARAF SEBAR FITNAH KEPADA MASYARAKAT

Salam Perjuangan
.
Petikan dari Malaysia Kini (Berita Penuh Di Sini) - Majalah Baru Zunar Usik PM
.
Kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalah Gedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilan beberapa bulan lalu. Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwibulanan.
.
Apa yang sedihnya majalah kartun ini dijadikan alat untuk penyebaran dakyah FITNAH pembangkang yang dibuat secara tersirat dan terselindung menggunakan medium usikan dan gurauan kartun. Saya percaya idea dan taktik serta strategi ini diilhamkan pemikir gerak saraf perang saraf dan penasihat "IMPORT" Pakatan Rakyat sebagai usaha mengekalkan sokongan dan momentum rakyat untuk terus "panas" dan terpengaruh dengan isu fitnah berkenaan.
.
Mungkin ada yang kata apa salah ini lawak sahaja... baik cuba bayangkan kalau kartun gambar nik aziz sedang pegang botol arak sebelah kartun Khalid Ibrahim sambil teriak "TAKE-BEER!" menggantikan "TAKBIR" depan 7Eleven di selangor dengan kedua-duanya ditarik telinga oleh kartun Elizabeth Wong yg berpakaian "SEKSA" - menggambarkan PKR & PAS menurut telunjuk DAP... apa perasaan peng-agung Nik Aziz sure marah... begitu juga kami!
.
Berita Kononnya ZUNAR keluar dari Suara Keadilan Akibat mangsa elit dalaman PKR dipercayai palsu kerana agen FBI memberi tahu bahawa berita pergeseran dan mangsa ini direka agar ZUNAR dapat keluar dari suara kedilan tanpa disyaki seterusnya merencanakan agenda dokrinasi pemikiran rakyat menerusi majalah kartun ini... yang mana merupakan usaha gerak saraf perang saraf menjelang PRU 13 nanti... Nak bukti tengok apa isi majalah SUNAR ni :-

1. Memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara. - SAMPAI SEKARANG TIADA BUKTI!!! MANA ANWAR KATA NAK DEDAHKAN BUKTI MANA? FITNAH!



2. Edisi sulung ini menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA. -



3. Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri.
.
4. Kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis tahun 98 dulu...
.
Walaupun KDN telah menyerbu pejabat Majalah ini (baca berita disini) namun ini masih tidak mencukupi seharusnya permit pencetakan & pengeluaran majalah ini ditarik (kalau ada). Seterusnya siasatan menyeluruh dilakukan bagi menentukan agenda dan niat sebenar pengeluaran majalah ini yang jelas menjadi alat penyebaran fitnah dan "membasuh fikiran rakyat" agar percaya akan fitnah dan terus menerus membenci kerajaan. Sekira perlu ambil tindakan menerusi akta hasutan, akta cetakan dan kalau melibatkan perancangan dan strategis luar (Agen Perisikan Asing) ISA boleh digunakan...
.
Fikirlah tidak habis-habis pelbagai strategi mengadu-domba dan fitnah diusahakan pembangkang... mana bukti negara kebajikan mereka? apa kebajikan yang telah korang dapat hasil mengundi PKR, PAS & DAP? terutama di selangor, Kedah, Pulau Pinang & Kelantan... Fikirlah atau anda mahu terus hanyut hingga agama bangsa dan engara tergadai ketangan Cina Komunis DAP!
.
Teruskan Perjuangan....




Monday, August 24, 2009

FADHILAT SOLAT TERAWIH MALAM 1 HINGGA 30 - REBUTLAH GANJARAN INI


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (R.A.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah SWT.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati".

Malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah SWT kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah SWT kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah SWT memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Tuesday, August 18, 2009

MELAYU & SULTAN DI HINA - PENGERUSI DAP KEBANGSAAN LOKE SIEW FOOK


Pengerusi DAPSY Kebangsaan Loke Siew Fook yang hina Sultan Perak dan Raja Muda serta orang Melayu. Sampai bila orang Melayu harus berdiam diri?


DALAM satu blog yang telah pun dipadamkan Ketua Pemuda DAPSY Loke Siew Fook dengan bangganya menghina DYMM Sultan Perak (yang dituduhnya sebagai nyanyok) dan DYTM Raja Muda Perak yang dikatakan menanti untuk menjadi ahli neraka.


Inilah dia rakan sekongkolan Nizar Jamaludin yang mendakwa dirinya rapat serta akrab dengan Tuanku Sultan dan Tuanku Raja Muda. Kalau Nizar si HARAM JADAH ini taat setia dengan Tuanku, beliau mesti berani kehadapan dan member amaran kepada DAP supaya memohon ampun.

Tetapi dia berdiam diri sahaja kerana Nizar adalah si DAYUS yang ikut telunjuk parti anti-Melayu/Islam itu.

Loke dalam artikelnya yang dipetik oleh Cucu Tok Selampit (sebelum blog “babi” itu dipadamkan) menuduh Tuanku Raja Muda “merompak” hak rakyat! Di samping itu kata-katanya dalam artikelnya menghina serta menyifatkan Tuanku Raja Muda sebagai “bengap dan biol”.

Ini adalah satu PENGHINAAN BUKAN SAHAJA PADA KELUARGA DI RAJA PERAK TETAPI PADA RAJA-RAJA MELAYU SERTA BANGSA MELAYU.

Izinkan saya petik kandungan artikel itu:

Nazrin the son of the senile ruler of Perak, take note that democracy is a principle whereby the control of authority comes from the public, and ruler and non-ruler are the same. Even though there is no specific, universally accepted definition of democracy, there are two principles that any definition of democracy includes. The first principle is that all citizens, not invested with the power to govern, have equal access to power and the second that all citizens enjoy legitimized freedoms and liberties.

When these basic freedoms and liberties are robbed of the people, then the only civilized course of action by any responsible citizen who cares about his nation, is to ensure that his voice is heard loud and clear! Get this straight into your ever conniving brain! When injustice becomes law, rebellion becomes duty! If rebellions become the order of the day, the nation is simply ruled by the criminals and the corrupt. Ask yourself whether you and your family members including your ‘guardian angel’, the Agong Najib, have plundered the nation’s wealth and robbed the poor of a bare minimum standard of living!

It is a pity that only in Malaysia, even the right to a peaceful demonstration is robbed of the people! What’s worst, the peaceful demonstrations are converted into lawless mobs by ‘peacekeepers’ who are supposed to protect the peace of this nation.

Nazrin the illegal seller of Perak: Saintly words should never be uttered by a person who has lost all sanity! If you still insist in building an impossible bridge between two mountains, just for that clap of your ‘creativity’, then let us warn you that our actions too will have far reaching consequences; we will destroy those mountains to mere ashes, and stuff your filthy mouth with the last peck of that dust and prepare you for your last journey to the gates of the condemned hell!


Kita lihat samada Nizar berani ke depan dan mempertahankan DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda atau beliau terus tunduk kepada DAP parti anti-Melayu.

DAULAT TUANKU! HIDUP MELAYU!

Friday, August 14, 2009

ISA MASIH RELEVAN - UNDIAN DI LAMAN KDN TERBUKTI

.
.
Salam perjuangan...
.
Terlebih dahulu - TERIMA KASIH & TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGUNDI PRO ISA! - Pro ISA Menang Undian ISA di Laman KDN!
.
sebelum buat apa-apa spekulasi... kata undian Laman KDN bohong, data dimanipulasi dan sebagainya jadilah matang sikit... kalau berita & data tu memihak kepada pembangkang wah satu kg kau jaja... abis kalau memihak orang lain macam-macam isu kau timbulkan... tu munafik!
.
Pada 6 Ogos saya mendapat tahu laman KDN mengadakan kaji selidik mengenai ISA dan pada 7 Ogos Laman Malaysia Kini menyiarkan berita tersebut (rujuk di sini) - selepas mengetahui berita ini saya dan beberapa rakan telah menghubungi "cell" masing-masing agar mengundi untuk menyokong akta ISA... bukan saya & rakan-rakan sahaja tetapi saya yakin siapa yang waras dan terbaca berita berkenaan di Malaysia kini akan segera ke laman KDN untuk mengundi... jika melihat "trafik" yang begitu HEBAT di Laman Malaysia Kini, peningkatan "MENDADAK" undian kaji selidik ISA di Laman KDN bukan perkara yang mustahil...
.
Kemudian pada 11 Ogos (5 hari selepas disiarkan di Malaysia Kini) Laman Malaysia kini menyiarkan berita "Isu ISA-Undian KDN Dipertikai" (rujuk disini) - apa bila berita ini disiarkan saya tidak terkejut langsung... 1. undian telah meningkat dengan mendadak sekali berganda-ganda - TERIMA KASIH PADA LAMAN MALAYSIA KINI YANG PROMOTE KALAU TAK PRO ISA TAK TAU... 2. Malaysia Kini siar berita konon data dimanipulasi - kita tahu malaysia Kini Pro gila2 pada pembangkang so kalau data dan berita tu dah tak memihak mereka... mereka akan buat macam-macam untuk putar belit balik berita tu so nampak pembangkang lah yang maha benar... nampaknya jerat berbalik pada batang hidung sendiri lah... konon org akan undilah bantah ISA sekali org yang sokong ISA lagi ramai lah....
.
Pada 13 Ogos Laman Malaysia kini menyiarkan berita "Undian KDN - PRO ISA Menang" (rujuk disini) - kita lihat data dari statistik...
.
Sebanyak 58 peratus atau 23,850 respons mengundi menyokong ISA "diteruskan dengan semakan" seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
.
Hanya 42 peratus atau 17,399 respons mahu akta kontroversi itu "dimansuhkan" .
.
Sebanyak 57 peratus daripada 37,944 respons menganggapnya "undang-undang pencegahan."
.
Ini membuktikan apa yang diperjuangkan ANwar Al-LeWaaTi dan rakan rakan Pakatan Rakyat adalah perjuangan kumpulan minoriti yang bertindak melampau dan ekstrim hingga menafikan hak rakyat majoriti yang mahukan akta ISA diteruskan demi mengekalkan keamanan. Perjuangan mereka amat sempit dan ala rejim diktator kerana mahukan rakyat tunduk patuh dan sentiasa menganggap mereka (pemimpin Pakatan) sahaja lah yang betul, benar dan wajib keputusan mereka ditaati...
.
Kalau hujah mereka kumpulan Anti ISA lebih ramai jika dibandingkan pro-ISA boleh dicerminkan melalui jumlah pendemonstrasi ganas baru-baru ini apalah sangat 5,000 org pendemonstrasi jika dibandingkan 25 juta rakyat malaysia yg lain yg masih cintakan keamanan...
.
KESIMPULANNYA : TOLONGLAH KEPADA 25 JUTA RAKYAT MALAYSIA LAIN - yang masih waras... fikir sedalamnya UNDI ANDA KEPADA PAKATAN RAKYAT TELAH MENGHURU-HARAKAN DAN SEMAKIN MENJAHANAMKAN NEGARA... TUNJUKKAN bahawa kita cintakan keamanan dengan menterjemahkannya dalam bentuk UNDI DENGAN MENOLAK PAKATAN RAKYAT!
.
Demi masa depan Anak, Cucu dan generasi akan datang Usaha Pakatan Rakyat & Anwar Ibrahim untuk "merampas kuasa" & memerintah dengan kuku besi mesti digagalkan...
.
Teruskan perjuangan
.

TAKZIAH BUAT KELUARGA USTAZ ASRI - PERGIMU TAK KEMBALI LAGI

Allahyarham Ustaz Asri

Salam,
.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah untuk kita sedekahkan kepada ruh Allhayarham Ustaz Asri... dan bersama kita doakan beliau ditempatkan disisi orang-orang yang beriman yang dimuliakan Allah SWT....
.
Sepanjang perkenalan lebih 6 tahun beliau merupan seorang insan yang begitu rendah hati, lembut tutur katanya dan murah senyumannya... serta memiliki kegigihan dalam usaha dakwah terutama menerusi platform nasyid & kumpulan robbani... sesungguhnya rakan, sahabat, kaum keluarga terkejut dengan pemergian Allahyarham namun kita redha dan pasti pemergian Allahryarham terlebih dahulu kerana Allah lebih menyayangi beliau...
.
Saya agak terlewat menerima berita tersebut namun bersyukur antara yang terawal juga mengetahuinya... nasib baik saudara taufik dari RTM menghubungi saya untuk memaklumkan... terima kasih!
.
Sesungguhnya wahai manusia tua, muda, kanak-kanak... bayi bukan menjadi jaminan yang kamu akan kekal hidup lama di bumi Allah ini... kerana sesungguhnya Ajal & maut itu merupakan rahsia di sisi Allah SWT yang pada bila-bila masa sekalipun jika Allah mentakdirkan nya kita dicabut maka tiada satu apapun kekuatan yg dapat menghalangnya...
.
Insaflah! mari kita muhasabah diri kita sedalam-dalamnya apakah amal ibadah dan bekalan kita mencukupi untuk kita bawa ke dunia "sana"... apakah kita lalai dan leka hingga kita lupa akan saat ajal kita yang kian "menghampiri"... bertaubatlah & marilah kita memohon ampun kepada Allah SWT... semoga dunia yg merupakan tempat persinggahan sementara ini tidak melalaikan kita untuk membuat persediaan bertemu Allah SWT di alam yang kekal abadi....
.
- Walau pergimu tak kembali... semangat, azam, kesungguhan dan kesucian mu untuk berkorban demi sebuah perjuangan akan menjadi pembakar kami meneruskan perjuangan yang belum selesai ini... Moga Allah tempatkanmu bersama-sama orang yang soleh... Amin
.
Teruskan Perjuangan...
.

Wednesday, August 12, 2009

PEMUDA DAP BANGSAT! : HINA ISLAM TERBUKA

Berikut penulis perturunkan sebahagian artikel dari blog ahli Parlimen Kulim, YB Zulkifli Noordin yang bertajuk “BIADAPNYA PEMUDA DAP” untuk dinilai oleh semua:

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan.

Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna seperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves, if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......? Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan.

Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran?

Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:

1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;

2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;

3. penulisan dan komen bertajuk "Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;

4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;

5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;

6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut

Sekian, wassalam.

ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Sumber: Zulkifli Noordin. (6 Ogos 2009).

BIADAPNYA PEMUDA DAP.

*************
Mujur juga ada pemimpin Pakatan Rakyat yang berani bersuara memberitahu kepada umum rahsia kepincangan Pakatan Rakyat yang mana
DAP mahu PKR dan PAS menari mengikut rentak tari DAP. Hakikatnya, itulah yang berlaku. DAP mengawal segala hala tuju Pakatan Rakyat.Bukan sebab UMNO tak ambil peduli tetapi tak guna nak tegur, sebab semua yang keluar dari mulut UMNO mana pernah diambil peduli oleh pendokong PR yang terlalu taksub dan sebati dengan kebencian mereka terhadap UMNO.

Malah lebih teruk lagi, UMNO akan dikatakan cuba meretakkan hubungan akrab tiga beradik (DAP, PKR & PAS) jika bersuara menegur kelancangan rakan dalam pakatan mereka.Pesanan penulis kepada semua rakyat. Terpulang kepada rakyat untuk menentukan sama ada mahu melihat pemimpin dan pendokong Ketuanan DAP ini masih lagi diangkat di masa akan datang atau meletakkan tanda noktah kepada kebiadapan mereka ini melalui peti undi.Cukuplah dengan kesilapan semasa PRU12 dahulu. Telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh mereka ini sepanjang tak sampai setahun jagung diberi kuasa oleh pengundi.

Jadi, usah diberi kuasa kepada mereka ini lagi.Semenjak kemenangan yang tidak disangka-sangka oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lalu, rakyat melihat seolah-olah para pemimpin dan pendokong Ketuanan DAP ini sewenang-wenangnya begitu biadap dari segala segi. Benarlah seperti dikata YB Zulkifli Noordin, DAP berlagak sebagai golongan hebat dan 'untouchables' Katakan tidak kepada Ketuanan Rakyat (dibaca Ketuanan DAP)!

Monday, August 10, 2009

SELANGOR DIKUASAI DAP : KETUANAN DAP BUKAN KETUANAN RAKYAT - ISLAM DI HINA & DIPERLEKEHKAN

Nampak gayanya maksud sebenar Ketuanan Rakyat semakin jelas di mata rakyat. Maksud sebenar Ketuanan Rakyat yang dicanang oleh Pakatan Rakyat semakin menampakkan hasil, diterjemahkan dengan 'baik' oleh segala tindak tanduk setiap ahli dalam Pakatan Rakyat.

Hasil yang paling ketara ialah kelancangan mulut dan tindakan ahli politik, aktivis dan para pendokong DAP yang menggunakan platform Ketuanan Rakyat. Dalam hal ini, penulis menyifatkan Ketuanan Rakyat sebenarnya ialah Ketuanan DAP.

Jika diteliti, sebenarnya tidak wujud pun keadaan 'Ketuanan Rakyat' tersebut di dalam kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat ini. Lihat sahaja Selangor. Suara majoriti rakyat Selangor sebenarnya tidak pun diambil kira. Banyak isu yang berlaku di Selangor mengukuhkan lagi bahawa perkataan rakyat hanya digunakan untuk kepentingan survival politik DAP.

Isu Ronnie Liu menghalang penguat kuasaan yang hangat dibincang sekarang bukanlah suatu isu yang baru. Terdahulu, pada 3 November 2007, akhbar melaporkan tindakan beliau mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan pelacuran. Rujuk laporan Utusan Malaysia pada 3 November 2007 untuk laporan penuh.

Terkini, pada 4 Ogos 2009, PAS Selangor menggesa agar kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan. Berikut sedutan laporan Utusan Malaysia:

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh pegawai pegawai kerajaan negeri bahawa mereka tidak senang dengan campur tangan pihak tertentu termasuk Liu di dalam usaha untuk mengawal pengurusan dan penjualan arak di kalangan masyarakat Islam di Selangor.
Liu telah mempertikai keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tindakan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas 70 tin dan botol minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Seksyen 8 di sini pada 30 Julai lepas. Menurut satu laporan akhbar, minuman keras itu telah dipulangkan kemudian.Liu dilaporkan berkata bahawa peraturan penjualan arak di Selangor yang sedia ada kekal sehingga satu garis panduan penjualan arak yang baru dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Dr Hasan berkata keputusan untuk melarang penjualan arak di kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan yang majoriti penduduknya Islam seperti di Seksyen 8 telah diluluskan dalam satu mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini.MBSA mengambil keputusan itu dan mengambil tindakan atas desakan-desakan para penduduk setempat, katanya.

Jika dilihat situasi di atas, mana perginya 'Ketuanan Rakyat' seperti yang dicanang? Apa fungsi para penduduk setempat yang merupakan rakyat dalam istilah 'Ketuanan Rakyat' tersebut? Apa yang rakyat Selangor lihat ialah DAP yang menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Ronnie Liu turut dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock seperti dilaporkan oleh blog Truth for Teoh Beng Hock (T4TBH) . T4TBH mengaitkan Ronnie Liu dengan salah guna kuasa dan memaparkan hubung kait beliau dengan pelbagai syarikat Cina yang berkait rapat dengan dunia jenayah.

Oleh itu, lebih elok kalau DAP ubah sahaja dari Ketuanan Rakyat menjadi Ketuanan DAP. Atau Ketuanan Samseng. Atau Ketuanan biaDAP. Baru sesuai!