Sunday, August 31, 2008

SUMPAH LAKNAT SAIFUL BUKHARI

Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan tanpa ragu-ragu telah bersumpah dengan nama ALLAH SWT bagi membuktikan dan membersihkan namanya demi membuktikan DSAI meliwat dirinya bukanlah satu fitnah namun perkara yang benar-benar terjadi...


" Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat " –


Mari renungkan sejenak sanggupkah kita orang Islam menukar ganti wang ringgit walaupun juataan nilainya berbanding LAKNAT, AZAB DAN KUTUKAN ALLAH SWT... sanggupkah kita menipu demi itu semua... Keyakinan dan nada lafaz sumpas Saiful Bukhari begitu tenang dan yakin menceritakan segala-galanya...

DSAI MENANG ANUGERAH PELAKON TERBAIK BIDANG POLITIK

Kepada orang Islam adakah kita mahu meletakkan keyakinan pada kata-kata Anwar Brahim dalam ceramah umumnya

atau pada Allah SWT atas lafas sumpah Saiful Bukhari atas nama-NYA itu... Allah SWT akan menghukum siapa yang bersalah.

Kalau benar Anwar tidak terbukti bersumpahlah dengan nama Allah seperti yg Saiful Bukhari lakukan jangan asyik berdolak-dalih lagi...

SAMA-SAMA KITA RENUNG PERENGGAN SATU ATAS
HAL KES LIWAT DIA TIDAK BERANI NAK BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT
TAPI DALAM PERENGGAN DUA DIA DENGAN YAKIN DAN BERANI GUNA NAMA ALLAH SWT BERJANJI BERUSAHA KURANGKAN BEBAN RAKYAT
PERSOALAN KENAPA DSAI??? TAKUT NAK BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH KES LIWAT NI KENAPA???
PADA HAL KITA SEMUA TAHU ANWAR SEORANG AHLI POLITIK YANG AKAN MENGGUNAKAN APA JUA CARA UNTUK MEMBERSIHKAN DIRINYA... KENAPA KES LIWAT NI TAK BERANI BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH... ADA CERITA LAIN KE??? FIKIRKAN WAHAI RAKYAT MALAYSIA

Saturday, August 23, 2008

PKR TERBUKTI PARTI SOSIAL & BEBAS




APAKAH INDIVIDU DAN PENYOKONG PARTI SEBEGINI YANG ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA INGIN SERAHKAN NASIB UNTUK MEMERINTAH NEGARA????
APAKAH TERJAMIN MASA DEPAN ANAK CUCU DAN GENERASI MENDATANG KITA KALAU DIPERINTAH OELH ORANG SEBEGINI???
APAKAH INI YANG ISLAM MAHUKAN??? APAKAH INI NILAI YANG KITA MAHU ANAK-ANAK KITA IKUTI???
FIKIR-FIKIRKAN...

Friday, August 22, 2008

ANWAR HALALKAN APA JUA CARA UTK KUASA


DSAI Menghalalkan Forum memeluk Islam demi mendapatkan sokongan Bukan Melayu....

Apa sudah jadi pada Pak Sheikh... kata pejuang Islam...

Ni lain macam takkan demi kuasa sanggup korbankan prinsip dan Agama Islam....

ISLAM DIHINA MELAYU DIPERLEKEH - APA SUDAH JADI


JANGAN INGAT TUNTUTAN SAMSENG HINDRAF SAHAJA ....

KURANG AJAR DAN BIADAP

Majlis Peguam terus biadap tanpa menghiraukan sensitiviti Masyarakat Melayu dan Islam di negara ini. Selepas mengadakan forum mengenai Kontrak Sosial yang mempersoalkan Artikel 153 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kaum Pribumi, pada 9hb Ogos 2008 mereka mengadakan pula forum ” Memeluk Islam” yang bakal mempertikaikan Artikel 121 (1A) yang menegaskan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh meliputi bidang kuasa mahkamah syariah.

Sebenarnya ini merupakan usaha berterusan pihak yang menggelarkan mereka adalah pejuang keadilan dan kesamarataan (didalangi dan disokong PKR, DAP) yang mendakwa wujudnya pencabulan hak asasi , kebebasan bersuara dan beragama di negara ini. Inilah harga mahal yang perlu dibayarkan oleh Orang Melayu dan Orang Islam Malaysia akibat dari sengketa sesama sendiri yang memperlihatkan harga diri dan maruah Melayu dan Islam terus diperlekehkan. Benarlah kata-kata orang tua kita dulu ”Bila pokok mula condong kura-kura pun mampu memanjat.”

BODOH SOMBONG DAN CETEK AKAL

Kesinambungan dari Kes Allahyarham Muhammad b. Abdullah @ M.Moorthy pendaki Everest yang telah disahkan oleh mahkamah sebagai seorang Muslim membawa kepada 10 Menteri Kabinet Bukan Islam yang menghantar memoradum kepada PM minta dimansuhkan Artikel 121 (1A) dari perlembagaan negara. Diikuti dengan tuntutan menubuhkan satu badan ala badan berkanun iaitu IFC (Interfaiht Commission) yang membawa implikasi Agama Islam boleh dicorakkan oleh agama lain. Begitulah dengan tuntutan HIDRAF (Hindu Right Action Force) dan beberapa percubaan yang ingin menafikan kedudukan orang Melayu sebagai teras pemerintahan dan Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia. Ini semua didalangi oleh kelompok yang menduduki Majlis Peguam atau sealiran dengannya.

KERAJAAN LEMBIK


Mengapa mereka sudah terlalu berani? Jawapannya kerana Kerajaan BN yang memerintah hari ini tak kuat lagi. Orang Melayu dan Islam (UMNO) sudah dilihat sudah tidak bertaring dalam kerajaan yang tanpa 2/3 majoriti di Parlimen. Tak mungkin mereka sebagai pengawal undang-undang tidak menyedari adanya Artikel 10 (4) di Fasal (2) (a) yang menyatakan bahawa Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hak, taraf , kedudukan istimewa Orang Melayu dan Bumiputra yang dilindungi oleh peruntukan-peruntukan Bahagian 3 Kewarganegaraan, Artikel 152, 153 ,181 dan 182 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara jua. . Malah Artikel 159 (5) menegaskan ianya tidak boleh disentuh walaupun dengan persetujuan 2/3 majoriti di Parlimen tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

Mahkamah Syariah yang disebut oleh Artikel 121 (1A) adalah perkara yang berkaitan langsung dengan Islam yang merupakan bidang kuasa Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing dan Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negeri yang tidak beraja. Sudah mestilah sebarang perkara yang menyinggung Islam mesti mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu atau Majlis Raja-Raja Melayu.

Perlembagaan Negara dengan tegasnya menyatakan adalah menjadi kesalahan kepada siapa termasuk Ahli Parlimen ketika perdebatan Parlimen mempertikaikan kewajaran hak-hak yang amat sensitif kepada orang melayu. Kalau Ahli Parlimen yang kebal di Parlimen boleh didakwa jika mempersoalkan perkara ini maka apalah istimewanya Majlis Peguam dan kuncu-kuncunya untuk terus berdebat dan berforum mempersoalkan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

KEPADA KERAJAAN

Kita menyeru kerajaan bertindak tegas kepada golongan yang sebenarnya telah menjejaskan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan budaya negara ini. Gunalah segala peruntukan undang-undang yang ada seperti Akta Hasutan ataupun ISA. Apa guna senjata kalau hanya untuk hiasan sedangkan musuh sudah memakan tanaman . Jangan tunggu ”CEMPEDAK MENJADI NANGKA” NASI MENJADI BUBUR ” TELUNJUK MEJOLOK MATA.”

Tolong jangan jadi BACUL dan PENAKUT... org melayu ISLAM makin marah dan mula berpaling dari menyokong kerajaan kerana tidak sensitif dan membela hak orang melayu. Hak bangsa lain pula yang dilebih-lebihkan hak bangsa Melayu ISLAM macam mana pula...

KEPADA GOLONGAN PELAMPAU

Kesabaran Bangsa Melayu ada batasnya... Bangsa Melayu terdidik dengan sifat berbudi bahasa bersopan santun dan sikap tidak merendah serta mengalah... Atas faktor ini lah Melayu dianggap lemah oleh bangsa-bangsa lain. Tapi ingatlah apa bila batas kesabaran itu runtuh tiada papun yang dapat menghalang Melayu Islam dari menuntut HAK KAMI KEMBALI...

Jangan biarkan peristiwa 13 MEI berulang kembali... kepada Presiden Majlis Peguam dan golongan pelampau yang mungkin mentah dan muda serta mungkin tidak tahu apa itu peristiwa 13 MEI mungkin boleh mula membaca buku-buku sejarah atau bertanya pada datuk moyang dan org tua masing-masing apa akan jadi jika 13 MEI berulang kembali...

Sabar dan bersabar... mungkin selepas ini kali terakhir MELAYU bersabar dan selepas itu mungkin tindakan harus diambil... KERAJAAN pastikan perkara ini tidak berulang kerana saya yakin padah akan menimpa dan kestabilan mungkin tergugat atas kebaculan PEMIMPIN NEGARA untuk emngambil tindakan mendorong rakyat menggunakan tangan mereka untuk membersihkan arabg yang diconteng golongan KAFIR HARBI ini...

Renung-renungkan selamat berjuang

Petikan Dari Malaysia Kini

500 bantah forum 'memeluk Islam'
Muda Mohd Noor Aug 9, 08 9:16am

Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.Pada masa yang sama kelihatan kira-kira 80 anggota polis ditempat di situ bagi mengawal orang ramai. Manakala kenderaan polis turut diletakkan di hadapan bangunan tersebut.Ketika berucap kepada orang ramai, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang cenderung pada Umno, Jais Abdul Karim berkata, mereka membantah penganjuran forum tersebut kerana ia mencabar hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.Sepatutnya, kata beliau, forum itu diadakan secara tertutup.Katanya, ia kerana terbukti program anjuran Majlis Peguam sebelum ini, gagal menghalang peserta daripada mempertikaikan hak orang istimewa orang Melayu dan agama Islam.Mereka yang menyertai perhimpunan pagi ini adalah terdiri daripada wakil-wakil 29 badan NGO Islam.

Mereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam", "Awas Persatuan Peguam, jangan bermain api" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Turut kelihatan ialah pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat.Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub. Manakala pemimpin PKR yang kelihatan di situ ialah dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrul Amin Baharum dan Latheefa Koya.Ketika itu, forum tersebut sedang berlangsung di dalam bangunan dan telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga.

Antara ahli panel yang dijadual bercakap di forum tersebut ialah Pengarah Pusat Undang-undang Syariah dan Sains Politik, Institut Kefahamam Islam, Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan peguam Syarie, Mohd Haff Khatri Abdullah.

Tarik diriMohd Haniff mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam kes R Subashini. Yang lainnya ialah peguam K Shanmuga dan Ravi Nekoo, yang masing-masing mewakili Subashini dan S Shamala.Bagaimanapun, seorang ahli panel - bekas hakim Syariah dan kini menjadi pegawai pendakwaraya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - telah menarik diri.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut berucap di perhimpunan bantahan tersebut. "Kita dicabar di bawah Seksyen 121 (A). Mereka tahu undang-undang, tetapi mahu mencabar agama Islam."Kalau mereka hendak tahu (tentang) Islam, mereka boleh jumpa pegawai Jakim," katanya.Manakala Badrul Amin berkata: "Jika orang tidak ganggu agama orang lain, kita akan akan hidup aman.

Polis berunding"Kita tidak ganggu agama Kristian, agama Hindu dan Buddha dan kita meminta jangan menghasut rakyat dengan isu agama," tambahnya.Sehingga jam 9.30 pagi ini, jumlah orang ramai yang datang menyertai perhimpunan bantahan tersebut telah bertambah kepada 500 orang. Kira-kira jam 9.31 pagi, wakil NGO terbabit sedang berunding dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman. Sebelum itu, seorang peserta mengatakan, jika forum tersebut tidak dihentikan, mereka akan merempuh masuk untuk menghentikan.

Kira-kira jam 9.35 tadi, seorang peserta memberitahu melalui pembesar suara bahawa mereka memberi masa sehingga jam 9.45 pagi supaya forum tersebut dihentikan.Jika tidak, katanya, mereka akan masuk meminta peserta forum itu menghentikannya pada jam 10 pagi.Rundingan dengan ACP Dzulkarnian tadi disertai oleh tiga wakil NGO dan Salahuddin Ayub. Menurut laporan, antara NGO yang hadir ialah Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN), Persatuan Al-Hidayah, Belia Perkim, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Al-Hunafa dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.

Turut sama ialah Persatuan Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida), Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Yayasan Kerjaya Malaysia, Kelab Cinta Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan.